Pages

Khamis, 10 Mac 2016

10 Cara Mencipta Masa Berkualiti Dengan Anak

Assalamualaikum wbt.

Dunia keibuan kita semakin kalut apabila anak bertambah dan ada yang sudah bersekolah. Hari-hari rutin sama je. Bangun pagi, siap-siapkan anak, hantar anak pergi sekolah, uruskan rumah, ambil anak dari sekolah, terkejar-kejar makan tengah hari, kemudian bersiap pula nak pergi sekolah agama, nanti petang anak balik, dia terus keluar bermain dengan kawan, balik semula dah maghrib, solat, mengaji, makan, bum tidur, esok mula balik rutin sama.

Haa baca pun dah stress. Tu belum masuk lagi isu-isu lain macam kerja di pejabat, masalah kewangan, kereta rosak, pelanggan marah, kucing jiran berak depan rumah, pokok tanam tak mau hidup, Saheizy Sam dah kawin (eh), etc,etc,  tu yang buat kita makin garang, makin tertekan, makin tua!

Masa kita habis macam tu je...sedar-sedar anak semua dah sekolah, dah besar, ada yang dah masuk sekolah menengah, ada yang dah merantau jauh-jauh. Bila rumah dah sunyi, baru kita sedar, eh apa je aku buat selama ni?


Tak payah tunggu besar, anak baru masuk darjah dua ni pun dah rasa macam, alamak macam tak sempat je mama nak bermesra dengan anak. Jadual dia padat dari pagi sampai ke malam. Sampai kita tengok dia pun, alahai siannya anak aku. Perlukah hidup sebegini penat?

Well, inilah kehidupan.

Bila sebut pasal masa berkualiti, sebenarnya bukannya perlu mengadap anak 24 jam sehari, tetapi cukuplah beberapa minit atau jam untuk kita meluangkan masa dengan dia. Masa berkualiti ialah kita menggunakan masa itu dengan perkara berfaedah dengan dia, berbual dari hati ke hati, mendengar masalah dan aduan dia, atau melakukan apa-apa aktiviti yang boleh menjadi 'moment' terbaik bagi dia yang akan dia kenang dan ingat bila dewasa nanti.

So hari ni mama nak share dengan ibu-ibu lain beberapa cara dan idea yang boleh kita lakukan untuk mencipta masa berkualiti dan berharga dengan anak-anak kita. Enjoice!

1. Solat jemaah

Ayah boleh ajak anak lelaki solat di masjid, manakala ibu dan anak perempuan boleh solat sama-sama di rumah. Atau kadangkala bolehlah solat berjemaah beramai-ramai di ruang tamu rumah, ayah jadi imam. Selepas berdoa bolehlah membacakan hadis ataupun mengaji bersama-sama. Barulah rumahtangga sakinah mawaddah warohmah gitu kan..

2. Makan berjemaah

Jadikan waktu makan ni acara perhimpunan keluarga. Duduk sama-sama di meja makan, dan tanyakan perkembangan anak-anak. Macam mama, anak suka cerita hal-hal sekolah. Siapa kawan dia, apa dia buat, apa perkara baru yang dia dapat disekolah hari ni. Dengar dengan penuh minat, jangan buat acuh tak acuh je. Kita sendiri kalau bercakap orang tak dengar, sakitnya hati kan. Anak pun sama lah.

3. Memasak bersama

Untung kalau ada anak dara ni, boleh ajak dia masak sama-sama. Kalau takde anak dara macam mama, biar dia buat aktiviti dengan ayah. Kalau anak lelaki suka tolong mama, itu sudah bagus sangat. Kalau anak lelaki tak minat, jangan paksa. Tapi masih boleh ajar dia masak nasi, goreng keropok, goreng telur dan sebagainya. Anak ni bukan tak minat, tapi kita yang tak ajak. Betul tak?

4. Bermain permainan kegemaran atau buat projek DIY bersama-sama

Anak seronok sangat sebenarnya kalau ada mak dan ayah ikut serta dalam aktiviti dia buat. Macam mama hari tu, join 3 hero mama ni main bola. Dalam rumah je pun, tapi semput jugalah. Haha..Yang penting anak-anak happy.

Jadi, ibu dan ayah bolehlah sama-sama dengan anak main lego ke, main puzzle ke, main saidina ke, main playdoh ke, atau buat apa-apa projek DIY sama-sama. Macam projek rak kereta Hot Wheel mama ni.

5. Berbual dan bercerita sebelum tidur

Sebelum tidur pun adalah waktu terbaik untuk mencipta masa berkualiti dengan anak. Berbual, bercerita, bacakan buku cerita atau beri kata-kata positif. Bila anak dah mamai nak tidur sangat tu, elok kita hantar gelombang positif, cakap benda yang baik supaya kata-kata kita tu masuk ke dalam minda bawah sedar dia.

6. Cipta 'trademark' tersendiri

Contoh trademark, mama suka kiss pipi anak bila-bila masa yang sempat atau rasa nak kiss. Ikut suka la kan. Mungkin ada ibu yang suka geletek anak, ada ibu yang suka peluk anak, ada yang suka main rambut dan sebagainya.

7. Beberapa minit antara Maghrib dan Isyak

Waktu ni tak lama..lebih kurang 30 minit kalau tolak waktu solat dan waktu mengaji. So baki 30 minit ni boleh dihabiskan dengan bercerita kisah Nabi ke, dengar hafazan anak dan sebagainya.

8. Dalam kereta

Ibu-ibu yang berpeluang hantar anak ke sekolah, jangan lepaskan masa beberapa minit dalam kereta ni dengan duduk diam, dengar lagu atau membebel tak tentu hala. Beberapa minit ni boleh jadi waktu yang sangat berharga dan silap-silap paling di gemari anak-anak sebab masa ni je dia dapat 'berduaan' dengan kita, kan.

9. Semasa melakukan kerja sekolah

Temankan anak buat kerja sekolah. Duduk disebelahnya, tengok dia buat kerja. Tapi jangan ibu pula yang tolong buatkan. :D

Bagi pujian kalau anak buat dengan betul.

10. Rehlah atau bercuti bersama

Kalau tak mampu nak pergi jauh-jauh, cukuplah ibu masak sedap-sedap, piknik depan rumah. Nak jauh sikit boleh lepak tepi pantai ataupun di taman. Macam ni je pun anak dah suka hati sangat.

Sebenarnya, banyak lagi cara untuk menikmati masa berkualiti dengan anak. Tak perlu lama pun. 10-30 minit sehari pun sudah memadai jika kita terlalu sibuk.

Apa yang penting, apabila dengan anak, NO HANDPHONE, NO SCREAMING...jika tidak apalah gunanya.

Walaupun susah, insyaAllah. kita boleh!

P/S: Jemput like page Kedai Vitamin Ibu Anak : 012-9645614 di facebook.

Salam sayang!

MamaSu.

Ahad, 14 Februari 2016

Tips Menaikkan Self-Esteem Dan Yakin Diri Anak

Assalamualaikum wbt.

Saat anak berkata, "Aqil tak boleh la mama. Aqil tak kuat", "Aqil tak pandai la mama. Tangan Aqil ni kecik", "Aqil tak lari laju macam abang", hati mama rasa aduhai anakku, kenapa cakap macam tu.

Inilah isu anak kedua mama sebelum dia berumur 5 tahun iaitu sebelum dia masuk sekolah dulu. Dia sering merendahkan diri dia sendiri, selalu membandingkan dirinya dengan abang yang lebih besar dan kuat daripada dia. Sampai nak naik basikal pun dia tak berani.


Walaupun mama selalu bagi kata-kata semangat, ada saja jawapan dia untuk membenarkan apa yang dia percaya. Kadang-kadang mama rasa geram juga. Tapi geram dalam hati je lah. Tak pe kita bagi dia masa. Mama selalu rasa dia sebenarnya belum bersedia untuk buat apa-apa sendiri walaupun anak-anak lain yang sebaya dia mungkin dah pandai macam-macam.

Isu inilah juga yang kadang-kadang boleh buat ramai ibu kurang sabar, selalu marah anak, pukul dan sebagainya. Mama akui kadang-kadang mama pun hilang kesabaran juga. Mana taknya, kita sibuk uruskan adik, dia pula sibuk minta macam-macam sedangkan dia boleh buat semuanya sendiri. Contohnya ambil makanan dalam peti ais.

Dia pandai buka peti ais dan peti ais tu hanya beberapa langkah je dari kita, tapi dia tetap juga nak mama yang ambilkan. Bila mama kata, "Aqil buka je peti ais, kek tu ada dalam tu, mama dah potong", dan dia pun bagi jawapan macam kat atas tadi.

Mama tahu dia bukan tak boleh buat. Dia cuma nakkan perhatian dan nak mama layan dia.

Tapi syukurlah, sejak dia bersekolah, dah banyak perubahan pada dia. Banyak perkara dia dah mula nak buat sendiri. Mama harus banyak lagi beri galakkan dan biarkan saja dia buat sesuatu perkara (yang tidak berbahaya) dengan cara dia sendiri.

Hari ni mama nak kongsi tips untuk pembaca blog mama dan mama sebenarnya nak simpan untuk rujukan sendiri. Mana tau berguna bila-bila nanti kan.

1. Beri pujian atas pencapaiannya walaupun ia kecil

Siapa yang tak suka di puji. Anak-anak lebihlah lagi. Nak-nak pujian daripada orang yang dia paling percaya iaitu ibu dan ayah mereka. Dulu masa kecik, bila anak kita dah pandai berjalan, kemain kita suka, tepuk tangan peluk dan cium dia. Bila dia dah besar sikit, kita semakin kedekut dengan pujian. Sampai kita sendiri tak sedar apa benda anak kita buat tau-tau dah nak masuk sekolah rendah.

Lepas ni, nampak dia pandai bercakap, puji; dia tolong kita mengemas, puji; dia pandai makan sendiri, puji; dia pandai memanjat, puji; dia pegang buku, puji; dia berkelakuan baik, puji; dia makan cermat, puji; dia dengar arahan kita, puji; dia mandi awal, puji; dia tiru kita solat, puji; dia pandai pakai kasut sendiri, puji, dia tak mengamuk, puji. Pujilah ikut mana yang boleh.

Dan cara pujian yang paling berkesan ialah dengan memeluknya erat.

2. Kurangkan larangan

Terlalu banyak larangan akan membantutkan potensi diri anak-anak. Lama-kelamaan ia akan menanam 'ketakutan' dalam diri anak kita. Larangan seperti, "adik, jangan panjat nanti jatuh", "adik, jangan berlari nanti jatuh", adik jangan itu, adik jangan ini. Semua tak boleh akhirnya anak pun tak berani lagi nak buat apa-apa.

Apabila anak mula meneroka, biarkan dia. Ibu dan ayah cuma perhatikan saja dari jauh agar dia tidak melakukan sesuatu yang bahaya. Jika perbuatannya salah, tunjuk dan ajarkan cara yang betul tanpa memerli atau mengkritik usaha dia.

3. Dengar dan fahami isi hatinya

Kadang-kadang anak kita ni ada perasaan 'down' juga. Contohnya tiba-tiba ada orang mengejek dia atau mempermainkan dia. Bila dia luahkan perasaan, cuba dengar dan fahami apa yang dia nak sampaikan.

Tapi elakkan beberapa perkara:

+ mengkritik dia, contohnya "tu lah abang siapa suruh main dengan budak tu"

+ merendahkan diri dan perasaannya, contohnya "ala sikit je, itu pun nak merajuk"

+ memenangkan dia, contohnya "tak baik budak tu ejek abang. dah jangan kawan dengan dia"

+ mengutuk orang yang mengenakan dia, contohnya "alah budak tu ejek abang, dia pun bukan baik sangat".

Apabila situasi ini berlaku, biarkan dia bercerita, pujuk dia dan alihkan perhatian dia daripada isu yang sedang dia hadapi. Ada masa anak kita perlu berasa 'down', sentap dan sebagainya supaya dia belajar bagaimana nak menghadapi isu seperti itu pada masa depan.

4. Sentiasa beri perhatian, penghargaan dan kasih-sayang

Apabila anak kita mendapat cukup perhatian, penghargaan dan kasih sayang dari orang yang sepatutnya, self-esteem dan keyakinan diri mereka terus meningkat. Mereka berasa diri mereka wujud, diperlukan dan dorongan seperti ini mampu menjadikan anak kita insan yang hebat, banyak idea dan berani.

Semoga kita terus berusaha menjadi ibu bapa yang baik, dapat mendorong dan membentuk anak menjadi insan hebat dan berguna kepada bangsa dan agama. InsyaAllah.

Jumaat, 8 Januari 2016

5 Tips Menggalakkan Anak Ke Sekolah

Masuk tahun 2016 ni, anak kedua mama, Aqil, dah mula ke sekolah. Umurnya nak masuk 5 tahun (bulan Julai nanti).

Mungkin ada yang berpendapat, mama agak lewat menghantarnya ke sekolah. Memang pun. Ada beberapa sebab mama hanya menghantar anak ke sekolah pada usia 5 tahun, tak seperti ramai kawan-kawannya yang dah mula ke sekolah pada usia 3-4 tahun lagi.

Sejujurnya, mama sendiri yang rasa sedih nak berpisah dengan anak. Kecik sangat lagi rasanya 4 tahun tu hihi.. Maklumlah, mama kan surirumah sepenuh masa, yang 24 jam asyik berkepit dengan anak. Jadi, nak melepaskan anak tu rasa agak berat. Lagi pun mama rasa, dia masih terlalu kecil, kesian pula nak suruh berdikari kat sekolah nanti. (Mak-mak sangat kan?) Kiranya mama memang beri kebebasan 100% untuk dia bermain puas-puas.

Lepas tu, bila tengok anak orang lain umur 4 tahun dah pandai selesaikan soalan matematik mudah, mama juga yang sentap. LOL!

Hari pertama, ditemui dalam keadaan menangis pada jam 12 noon. Kawan terpijak kaki katanya.

Umur dah 5 tahun, maka tibalah masanya Aqil ke sekolah. Ikutkan dia memang tak mau lagi pergi sekolah. Macam-macam alasan dia bagi. Tapi, oleh sebab mama dan abah dah buat keputusan nekad yang anak-anak akan ke sekolah menjejak usia 5 tahun, so nak tak nak dia kena patuh cakap mama dan abah. Hihi..

Jadi sekarang mama nak kongsi beberapa tips yang mama buat, supaya Aqil akhirnya terbuka hati nak ke sekolah.

1. Selalu cerita seronoknya pergi sekolah

Ceritalah yang baik-baik mengenai sekolah. Kawan ramai, ada banyak mainan, boleh makan sedap-sedap, macam-macam lagilah. Untung si Aqil, ada abang yang dah sekolah. Abang Ammar pun tokok tambah cerita apa yang best sangat kat sekolah sampai Aqil teruja.

2. Bawa dia melawat sekolah

Kalau ada masa, bawa dia melawat kawasan sekolah. Suruh dia tengok ramainya kawan kat sekolah. Jangan pulak time pergi tu cikgu tengah marah-marah. Habis rosak plan. Ngee..

3. Belikan peralatan sekolah

Belikan beg, buku mewarna, alat tulis dan pensil warna. Bagitahu dia, ini barang sekolah Aqil. Dah beli tu, jangan la peram dalam beg. Ajaklah dia menulis, mewarna, melukis, atau conteng-conteng buku.

4. Jangan marah dan mengugut

Masuk je hari pertama sekolah, kena banyak sabar. Masa ni anak tengah belajar melawan ketakutan yang ada dalam diri dia. Macam-macam alasan yang dia akan bagi. Aqil bosan, Aqil penat, Aqil pening. Layankan je. Dengar boleh, percaya jangan. Jangan ugut dengan kata, 'tak boleh tak pergi sekolah, nanti cikgu marah'. Jangan. Nanti lagi dia takut nak pergi sekolah.

Walaupun anak menangis, buat tak tahu je. Hari ketiga haritu, mungkin sebab mengantuk, Aqil tak sedia bangun pagi. Dia mula menangis dan meronta tak nak pergi sekolah. Abah angkat je dia bawak masuk bilik air dan mandikan. Muka dia masam, mama bagi air pun dia tak nak minum. Hantar juga dia pergi sekolah. Mujurlah balik sekolah tu dia dah happy.

Hari keempat dah ok. Bangun pagi, mandi awal dan bersarapan mee goreng siap bertambah lagi.

5. Bagi reward

Bila tengok anak ok, baik dan behave je, terus puji dia. Cakap "Baguslah Aqil dah suka pergi sekolah, baru jadi orang pandai". Boleh juga bagi reward belanja aiskrim ke sebab dia berkelakuan baik. Terpulanglah ikut kreativiti masing-masing.

Bila anak dah mula sekolah ni, rasa sedikit lega. Itu tanda anak kita dah besar, dah boleh berdikari. Sedikit beban rasa hilang juga. Tapi kadang-kadang ada juga rasa sayu, oh, dah besar anak aku, rasa baru semalam tengok dia lahir, baru sekejap melayan kerenah dan keletah dia. How time flies...

Semoga anakanda mama dan anak-anak ibu semua membesar sebagai seorang hamba Allah yang baik, soleh dan solehah yang berbakti pada keluarga, masyarakat dan agama. InsyaAllah.

MamaSu
012-9645614

Isnin, 17 Ogos 2015

Review Buku: Bertanya Allah Dahulu

Saya baru beberapa hari habis menelaah buku ini.

Berapa bintang? 4 Bintang! Atau mungkin lebih..

Pada saya buku ini permulaan kepada kisah magik dalam hidup saya. Tak keterlaluan saya katakan begitu kerana saya ada sebab-sebabnya.

Seperti kata penulis, buku ini umpama buku ulangkaji sahaja. Hakikatnya kita sering mengamalkan teknik dalam buku ini tapi kita mungkin tak sedar. Atau kita barangkali dah lama meninggalkan sesi berdialog dengan Allah dalam hidup kita.



Bertanya Allah Dahulu, atau singkatannya #teknikBAD yang digunakan penulis, ialah teknik berdoa dan meminta petunjuk, pertolongan, bantuan atau apa saja kepada Allah pada bila-bila masa dan ketika.

Selalunya kita berdoa lepas solat je kan? (Itupun kekadang khusyuk, kekadang tidak). Tetapi menerusi #teknikBAD kita boleh mohon apa saja di mana-mana dalam apa jua situasi pun.

Sejujurnya semasa membaca buku ini, saya terbayang babak anak kecil berdoa seperti yang biasa kita lihat dalam sinetron Indonesia. Begitulah sepatutnya dalam hidup kita.

Dengan tagline Allah Dulu, Allah Lagi, Allah Terus, buku ini seolah-olah berjaya memukau saya untuk terus mengamalkannya.

Dan peliknya, jika tak mulakan sesuatu yang penting dengan #teknikBAD, rasa seolah-olah hidup tak lengkap. Terasa ada yang kurang.

Bila kita selalu memohon dengan Allah, kita mula rasa bahawa Allahlah satu-satunya tempat kita bergantung. Walau bagaimana hasil daripada permohonan kita itu, baik atau buruk, kita seronok dan bahagia sebab itu keputusan Allah.

Lagi bestnya ialah kita akan rasa, kita ada Allah. Kita tak takut, tak risau, tak sedih. Kita rasa tenteram, rasa ada 'sesuatu' sedang 'memeluk' kita. Allahuakbar.

Syukur sangat Allah temukan saya dengan buku ini.

Sangat disyorkan dibaca oleh semua tak kira siapa.

Anda boleh dapatkan buku ini di website wrthough.com ini, atau berhubung terus dengan penulisnya di facebook.

Wallahua'lam.

Rabu, 6 Mei 2015

Solat Wajib Walaupun Dah Turun Tanda Bersalin!

Solat adalah kewajipan bagi setiap umat Islam walau dalam keadaan apa sekali pun hatta sedang sakit kronik, sedang berperang atau juga sakit nak bersalin.

Islam sudah menggariskan panduan yang tepat serta memberi keringanan (rukhsoh) untuk menunaikan solat dalam keadaan yang sangat kesempitan. Begitu juga dengan keadaan semasa hendak melahirkan atau bersalin.

Ramai ibu, akibat kurang pengetahuan, ilmu dan kefahaman, mengambil ringan kewajipan solat semasa hendak bersalin ini sedangkan kewajipan solat belum terangkat.



Pecah ketuban atau turun darah dan penjelasannya

Terdapat perbezaan pendapat antara ulama' mengenai hal ini.

Imam As-Syafie berpendapat bahawa darah yang keluar ketika sakit hendak bersalin atau darah yang keluar bersama ketika melahirkan anak ialah darah fasad (darah kotor atau istihadah) dan bukan darah nifas. Dengan itu kewajipan solat belum terangkat dan wajib ke atas ibu tersebut untuk menunaikan solat.

Sedangkan darah yang keluar selepas bersalin ialah darah wiladah dan darah nifas maka kewajipan solat wanita tersebut gugur.

Ulama' Mazhab Hambali dan beberapa ulama' lain berpendapat darah yang keluar sebelum bersalin bersalin adalah darah nifas, maka dalam situasi ini mereka tidak perlu menunaikan solat jika darah tersebut keluar berterusan sehingga waktu melahirkan anak.

Ulama Maliki bersetuju dengan pendapat Hambali tetapi menganggap darah yang keluar adalah darah haid, bukan darah nifas.

Kesimpulan

Pendapat PILIHAN ialah pendapat pertama daripada As-Syafie yang mewajibkan solat meskipun sudah keluar tanda-tanda untuk bersalin seperti turun darah atau pecah ketuban. Pendapat ini lebih cermat dalam ibadah.

Jika rasa sakit bersalin atau aliran darah dirasakan terlalu kuat, maka ketika itu pendapat yang mengatakan TIDAK WAJIB SOLAT sesuai di amalkan. Pendapat ini sangat relevan dengan keadaan rukhsoh syariah yang tidak membeban, menyusah atau memberatkan penganutnya.



Bagi ibu-ibu yang sudah bersalin, tidak mengetahui mengenai hal ini, maka eloklah di ganti solat yang sudah tertinggal itu.

Moga Allah ampuni dosa-dosa akibat kejahilan dan kelalaian kita ini.

Wallahua'lam.

Rujukan:
1. Dr. Abu Anas Madani

2. Q&A Fiqh Perubatan, Dr. Muhammad Rafiqi Hehsan, 2015

3. sayangislam.com


Jumaat, 24 April 2015

Ladang Alam Warisan, Kuala Pilah Tempat Bercuti Dengan Suasana Kampung Yang Mendamaikan

Jika anda mencari satu tempat yang jauh dari hiruk pikuk kenderaan dan kesibukan kota, saya cadangkan anda bercuti ke Ladang Alam Warisan, Sri Menanti Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pertama kali saya mendengar mengenai Ladang Alam Warisan (LAW) ini ialah semasa saya menonton TV tapi tak ingat pula saluran mana. Hati terus terpaut nak ke sana sebab masa tu di tunjukkan ada acara memanah dan berkuda.

Mula-mula dulu saya ingatkan LAW ni berada di Selangor. Rupanya meleset lepas ada seorang kawan bagitahu LAW sebenarnya berada di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, agak dekat dengan rumah dia.

Kemudian entah macam mana, masa bersembang dengan keluarga Shaklee pasal family day, saya syorkan LAW. Niat sebenarnya memang nak pergi memanah. hihihi.. Tak sangka pula diorang semua setuju.

Kali kedua menonton mengenai LAW semasa rancangan Check In Check out di TV9. Masa tu perancangan sudah di atur untuk ke sana. Bila tonton rancangan tu lagi lah rasa membuak-buak nak pergi.

Akhirnya pada 12 April 2015, Allah izinkan juga saya sampai ke sana. Kisah family day kami ni anda boleh baca di blog ilhamfamilysihat.

10 Fakta Menarik Mengenai Ladang Alam Warisan

1. Suasana kampung yang ada ladang kuda dan haiwan seperti rusa, burung kasawari, kambing, ayam, itik dan sebagainya. Sesuai untuk ibu bapa yang nak kenalkan anak dengan haiwan ternakan.

2. Banyak aktiviti selain memanah. Saya di fahamkan ada juga pertunjukan gasing dan permainan tradisi yang lain.

3. Ada tiga buah homestay style rumah kampung yang boleh anda pilih untuk bermalam.

4. Landskap yang menarik dan kemas tapi tak keterlaluan

5. Memperjuangkan ciri-ciri Melayu asli seperti berbusana Melayu lengkap dengan aksesori. Siapa rasa-rasa dah hilang kemelayuan boleh ke sini untuk melihat tamadun Melayu.

6. Menu yang sangat sedap, sesuai dengan tekak kampung saya ni. Antara menu yang saya suka tentulah gulai lemak daging salai.

7. Boleh melakukan aktiviti perkhemahan

8. Dilengkapi kemudahan seperti surau, tandas dan hall terbuka yang luas dan selesa.

9. Aktiviti animal feeding yang di gemari kanak-kanak

10. Kawasan yang luas untuk anak-anak berlari kejar mengejar

Sebenarnya kalau tak pergi sendiri memang tak tahu. Jemputlah ke sana beramai-ramai. Ewah macam duta LAW dah saya ni.




Gambar-gambar ini saya ambil dari facebook Ladang Alam Warisan. Jika anda berminat untuk ke sana untuk melakukan aktiviti beramai-ramai, family day, perkhemahan, team building atau sebagainya, bolehlah menghubungi pihak LAW.

Selamat bergumbira!

[Video] Tips Memulakan Bisnes Online - Just Do It!

Bisnes maya atau bisnes online kini tidak asing lagi di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Ramai yang mula terjun ke dunia bisnes online kerana ia lebih mudah dan praktikal untuk di uruskan pada bila-bila masa pun.

Pada saya, ini sesuatu yang amat bagus. Surirumah boleh menambah pendapatan keluarga, pekerja makan gaji juga turut boleh melakukan bisnes ini secara part-time tanpa mengganggu tugas-tugas hakiki.

Sungguhpun begitu masih ramai lagi yang nak bisnes online tapi masih takut-takut nak memulakan.

Kenapa Belum Bermula??

Antara punca utama kenapa masih ramai yang teragak-agak nak mulakan ialah:

1. Takut dan malu apa orang kata

Ini satu penyakit yang perlu di buang jauh-jauh kalau nak terjun ke dunia bisnes. Saya percaya semua orang pun masalah takut dan malu ni. Tapi mereka tutup mata dan teruskan saja. Pedulilah apa orang nak kata pun sebab kita hidup bukan untuk approval orang lain. Setuju?

2. Rasa tidak layak, tidak mampu, tidak bersedia

Dalam erti kata yang lain, kita merendah-rendahkan kemampuan, kebolehan dan potensi diri yang Allah telah sediakan untuk kita sejak lahir.

Anda mungkin boleh bertukar fikiran dan tidak takut lagi melakukan sesuatu selepas menonton video ini!




Atasi ketakutan
Buangkan perasan malu
Panjat tembok penghalang
Mulakan saja

Just do it!

Salam sayang,

Mama Su.

Rabu, 22 April 2015

Resepi Kek Coklat Moist Karamel Kukus Yang Sedap Lagi Menggiurkan

Assalamualaikum dan hai semua!

Sejak resepi kek ni duk berlegar-legar dekat news feed fb saya, ia memang macam menyentap emosi dan hati suruh saya buat.

Lama dah saya perati dan ushar2 resepi nih. Takdelah susah sangat sebenarnya kan. Masalahnya belum ada kekuatan dan kerajinan nak buat.

Sampailah satu hari tu, dengan izin Allah saya kuatkan semangat untuk beli barang-barang dan siap announce kat facebook lagi. Kalau tak buat jugak memang malu betul nih! haha..

So kat sini saya nak share la resepi ni kot ada sesiapa yang teringin juga nak buat dan nak rasa. Memang sedap, hingga menjilat pinggan! Kalahla Secret Recipe cenggini. Hih!


Lapisan gula hangus:

2 sudu besar gula di tabur atas loyang dan di cairkan dengan api perlahan. Kemudian ratakan dan sejukkan.

Lapisan karamel:

1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
sedikit esen vanilla

*kacau kesemuanya hingga sebati- tuang dalam loyang gula hangus tadi, kukus 20-25 minit dan kemudian sejukkan

Lapisan kek coklat

1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko

*masukkan kesemuanya dalam satu periuk- kacau di atas api perlahan hingga gula melarut dan semua sebati. (lebih kurang 5 minit)

4 Biji telur - putar

Bahan ayak:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Masukkan bahan ayak ke dalam adunan coklat tadi berselang seli dengan telur - kacau hingga sebati

Tuangkan semua adunan ke atas lapisan karamel dalam loyang dengan menggunakan senduk.

Kukus selama 50 minit hingga 1 jam.




Kan dah siap! Makan sejuk-sejuk ketika lapor memang sedap sangat.

Buat ye, rugi tak buat. Senang dan sedap. Selamat mencuba!


Rabu, 25 Mac 2015

Tips Bisnes Online : Anak Tak Lagi Kacau Gadjet Mak

"Mana telefon Mama..........?????"

Haa biasa tak terpekik macam tu bila ada bunyi telefon, tapi telefonnya entah kemana.

Lagi geram bateri baru je full anak dah ambil buat main game kegemaran sedangkan mesej customer bertalu-talu minta di jawab.

Hai kecik besar kecik besar je mama tengok budak ni kan.

Dah la laptop mama pun dah jadi milik dia sebab asyik nak tengok youtube aje!



Percaya tak? Anak saya tak sentuh pun telefon saya. Sebab saya langsung tak letak game dalam tu. Tapi dengan telefon abah dia, memang sampai lunyai dikerjakan.

Sebenarnya saya memang pantang orang sentuh barang saya, apa lagi barang yang saya memang nak pakai. Tabiat ni dah lama. Bukan kedekut tau, tapi memang geram dan rasa nak marah orang je bila benda yang kita nak guna alih-alih dah hilang.

Jadi untuk precaution dan tak bagi telefon hilang atau di guna dengan cara tak semenggah, baik kita fikir cara-cara bagaimana nak selamatkan telefon atau apa saja gadjet daripada menjadi 'mangsa' anak-anak kita. Apa lagi kita yang buat bisnes online ni kan?

Untuk itu, jom tengok video ni. Dalam ni ada banyak tips yang boleh kita guna pakai untuk elakkan atau kurangkan anak-anak kita menggunakan 'tools' bisnes online kita.



Menjadi ibu  (atau bapa) yang berbisnes online dari rumah ni memang sangat besar cabarannya.

Tambah pulak anak jenis berkepit macam beg tangan, ibu dan bapa memang kena kreatif. Kita tak boleh nak marah anak sebab anak tu jugalah yang jadi punca kenapa kita buat bisnes.

Dulu anak kitalah anugerah, takkan sebab bisnes online kita, anak yang anugerah tu dah bertukar jadi beban hidup?

No no no! Tentulah tidak kan??

Oleh itu, anak-anak bukan alasan kenapa kita susah nak buat bisnes. Dan mak pun jangan stress stress bila anak asyik nak usik gadjet kesayangan mak.

Be creative!

Jadikan anak-anak kita sebagai pemangkin semangat untuk kita lebih gigih bekerja dan berusaha.

Salam sayang, senyum selalu.


Jumaat, 20 Mac 2015

Kenapa Aku Tak Macam Dia?

Pernah tak melihat seseorang yang kita kagumi, hati kita terdetik,

"Bestnya jadi macam dia. Dah la cantik, kaya, pandai pulak tu. Duit banyak, tiap-tiap bulan melancong luar negara, kawan ramai.  Kenapa laaa aku tak macam dia?"


Rasanya setiap dari kita mungkin pernah berhadapan dengan situasi macam ni. Kita rasa hidup kita tak best, tak bahagia, tak seronok, tak happy pendek kata malang betul lah jadi diri kita ni.

Seolah-olah Allah tu dah tersilap lahirkan kita menjadi diri kita. Nauzubillah...jangan sampai kita tak redha pulak dengan Yang Maha Mencipta.

Sebenarnya kenapa boleh rasa macam tu ye? Adakah sebab kita ni terlalu negatif? Sensitif?? Atau kita ni mudah terhasut oleh bisikan syaitan yang nak kita jadi manusia yang selalu putus asa dengan rahmat Allah?

Kakak dalam video ni mungkin ada jawapannya. Tengoklah apa dia buat tu untuk menjadi diri yang tak kesah pun dengan kelebihan dan keistimewaan yang orang lain ada.



Di Mana Bahagia?

Ramai orang mencari bahagia di luar.

Orang bekerja siang malam tanpa rehat, cari harta, cari isteri cantik, cari kereta paling mewah, cari rumah paling besar tapi bila dah dapat semua tu pun, hati masih tak bahagia. Di mana silapnya??

Kita pula pandang orang hidup sederhana, kurang harta tu tak bahagia tapi benar ke?

Sebenarnya bahagia bukan terletak pada harta, jawatan tinggi, isteri cantik, anak yang bijak pandai.

Bahagia itu terletak dalam hati kita sendiri. Hanya orang bahagia dapat merasakan kebahagiaan itu.

Bahagia Itu Pilihan..

Ya, pilihlah untuk merasa bahagia dengan cara kita sendiri. Berhenti memandang kelebihan orang lain dan kekurangan kita.

Fokus pada kelebihan yang kita ada dan improve kekurangan yang ada pada diri kita.

Bina impian, dan sibukkan diri mengejar impian kita.

InsyaAllah kita takkan ada masa lagi untuk peduli Kenapa Aku Tak Macam Dia!


Senyum selalu!