Pages

Jumaat, 24 April 2015

Ladang Alam Warisan, Kuala Pilah Tempat Bercuti Dengan Suasana Kampung Yang Mendamaikan

Jika anda mencari satu tempat yang jauh dari hiruk pikuk kenderaan dan kesibukan kota, saya cadangkan anda bercuti ke Ladang Alam Warisan, Sri Menanti Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pertama kali saya mendengar mengenai Ladang Alam Warisan (LAW) ini ialah semasa saya menonton TV tapi tak ingat pula saluran mana. Hati terus terpaut nak ke sana sebab masa tu di tunjukkan ada acara memanah dan berkuda.

Mula-mula dulu saya ingatkan LAW ni berada di Selangor. Rupanya meleset lepas ada seorang kawan bagitahu LAW sebenarnya berada di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, agak dekat dengan rumah dia.

Kemudian entah macam mana, masa bersembang dengan keluarga Shaklee pasal family day, saya syorkan LAW. Niat sebenarnya memang nak pergi memanah. hihihi.. Tak sangka pula diorang semua setuju.

Kali kedua menonton mengenai LAW semasa rancangan Check In Check out di TV9. Masa tu perancangan sudah di atur untuk ke sana. Bila tonton rancangan tu lagi lah rasa membuak-buak nak pergi.

Akhirnya pada 12 April 2015, Allah izinkan juga saya sampai ke sana. Kisah family day kami ni anda boleh baca di blog ilhamfamilysihat.

10 Fakta Menarik Mengenai Ladang Alam Warisan

1. Suasana kampung yang ada ladang kuda dan haiwan seperti rusa, burung kasawari, kambing, ayam, itik dan sebagainya. Sesuai untuk ibu bapa yang nak kenalkan anak dengan haiwan ternakan.

2. Banyak aktiviti selain memanah. Saya di fahamkan ada juga pertunjukan gasing dan permainan tradisi yang lain.

3. Ada tiga buah homestay style rumah kampung yang boleh anda pilih untuk bermalam.

4. Landskap yang menarik dan kemas tapi tak keterlaluan

5. Memperjuangkan ciri-ciri Melayu asli seperti berbusana Melayu lengkap dengan aksesori. Siapa rasa-rasa dah hilang kemelayuan boleh ke sini untuk melihat tamadun Melayu.

6. Menu yang sangat sedap, sesuai dengan tekak kampung saya ni. Antara menu yang saya suka tentulah gulai lemak daging salai.

7. Boleh melakukan aktiviti perkhemahan

8. Dilengkapi kemudahan seperti surau, tandas dan hall terbuka yang luas dan selesa.

9. Aktiviti animal feeding yang di gemari kanak-kanak

10. Kawasan yang luas untuk anak-anak berlari kejar mengejar

Sebenarnya kalau tak pergi sendiri memang tak tahu. Jemputlah ke sana beramai-ramai. Ewah macam duta LAW dah saya ni.




Gambar-gambar ini saya ambil dari facebook Ladang Alam Warisan. Jika anda berminat untuk ke sana untuk melakukan aktiviti beramai-ramai, family day, perkhemahan, team building atau sebagainya, bolehlah menghubungi pihak LAW.

Selamat bergumbira!

[Video] Tips Memulakan Bisnes Online - Just Do It!

Bisnes maya atau bisnes online kini tidak asing lagi di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Ramai yang mula terjun ke dunia bisnes online kerana ia lebih mudah dan praktikal untuk di uruskan pada bila-bila masa pun.

Pada saya, ini sesuatu yang amat bagus. Surirumah boleh menambah pendapatan keluarga, pekerja makan gaji juga turut boleh melakukan bisnes ini secara part-time tanpa mengganggu tugas-tugas hakiki.

Sungguhpun begitu masih ramai lagi yang nak bisnes online tapi masih takut-takut nak memulakan.

Kenapa Belum Bermula??

Antara punca utama kenapa masih ramai yang teragak-agak nak mulakan ialah:

1. Takut dan malu apa orang kata

Ini satu penyakit yang perlu di buang jauh-jauh kalau nak terjun ke dunia bisnes. Saya percaya semua orang pun masalah takut dan malu ni. Tapi mereka tutup mata dan teruskan saja. Pedulilah apa orang nak kata pun sebab kita hidup bukan untuk approval orang lain. Setuju?

2. Rasa tidak layak, tidak mampu, tidak bersedia

Dalam erti kata yang lain, kita merendah-rendahkan kemampuan, kebolehan dan potensi diri yang Allah telah sediakan untuk kita sejak lahir.

Anda mungkin boleh bertukar fikiran dan tidak takut lagi melakukan sesuatu selepas menonton video ini!




Atasi ketakutan
Buangkan perasan malu
Panjat tembok penghalang
Mulakan saja

Just do it!

Salam sayang,

Mama Su.

Rabu, 22 April 2015

Resepi Kek Coklat Moist Karamel Kukus Yang Sedap Lagi Menggiurkan

Assalamualaikum dan hai semua!

Sejak resepi kek ni duk berlegar-legar dekat news feed fb saya, ia memang macam menyentap emosi dan hati suruh saya buat.

Lama dah saya perati dan ushar2 resepi nih. Takdelah susah sangat sebenarnya kan. Masalahnya belum ada kekuatan dan kerajinan nak buat.

Sampailah satu hari tu, dengan izin Allah saya kuatkan semangat untuk beli barang-barang dan siap announce kat facebook lagi. Kalau tak buat jugak memang malu betul nih! haha..

So kat sini saya nak share la resepi ni kot ada sesiapa yang teringin juga nak buat dan nak rasa. Memang sedap, hingga menjilat pinggan! Kalahla Secret Recipe cenggini. Hih!


Lapisan gula hangus:

2 sudu besar gula di tabur atas loyang dan di cairkan dengan api perlahan. Kemudian ratakan dan sejukkan.

Lapisan karamel:

1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
sedikit esen vanilla

*kacau kesemuanya hingga sebati- tuang dalam loyang gula hangus tadi, kukus 20-25 minit dan kemudian sejukkan

Lapisan kek coklat

1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko

*masukkan kesemuanya dalam satu periuk- kacau di atas api perlahan hingga gula melarut dan semua sebati. (lebih kurang 5 minit)

4 Biji telur - putar

Bahan ayak:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Masukkan bahan ayak ke dalam adunan coklat tadi berselang seli dengan telur - kacau hingga sebati

Tuangkan semua adunan ke atas lapisan karamel dalam loyang dengan menggunakan senduk.

Kukus selama 50 minit hingga 1 jam.




Kan dah siap! Makan sejuk-sejuk ketika lapor memang sedap sangat.

Buat ye, rugi tak buat. Senang dan sedap. Selamat mencuba!